SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Ahad

Program Sehari Bersama "Anak Permata"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Bertemu kembali dalam ruangan blog kami.Untuk maklumat semua pada 4.1.2010(Isnin)PAPN Felda Raja Alias telah mengadakan PROGRAM SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK PERMATA. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk para ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak PERMATA khususnya dan mengeratkan lagi hubungan antara para penjaga.
Antara program yang telah diadakan adalah seperti menghasilkan FAMILY BOOK, SMS BOOK dan menceriakan lagi PUSAT PERMATA kami.

PERMATA THE BEST

Sabtu

Majlis Gotong Royong Dan Bacaan Yasin

Pada 10.1.2010(Ahad)telah diadakan majlis gotong-royong dan bacaan yasin yang dianjurkan oleh AJK PIBP 2010 PAPN Felda Raja Alias.

Majlis telah berjalan dengan jayanya di atas sokongan padu yang diberikan oleh para ibu bapa. Hidup muafakat dan bermasyarakat yang sememangnya diamalkan oleh penduduk-penduduk felda memberi impak yang begitu besar sehingga segala tugas dapat diselesaikan sehingga mencapai matlamat dan tujuan program tersebut diadakan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendidik dan para ibu bapa dan tidak terhingga diucapkan juga kepada Pengerusi PIBP En Adha serta AJK tertinggi yang sentiasa memberi kerjasama dan galakan. Semoga PAPN Felda Raja Alias terus maju dan unggul seiring PAPN yang lain.





Mesyuarat PIBP Bil -1

Pada 11.12.2009(Khamis)pada jam 5.30 petang mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP)telah diadakan buat julung kalinya. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik. Tahniah diucapkan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang telah dilantik. Semoga kalian dapat memberikan kerjasama yang baik dan memegang mandat dengan telus dan bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diberikan. Anda semua adalah TULANG BELAKANG kami untuk merealisasikan impian PERMATA.Semoga PAPN Raja Alias sentiasa CEMERLANG.GEMILANG.TERBILANG di mata persada negara. ANAK PERMATA DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIREALISASIKAN... 1 MALAYSIA

MAJLIS BACAAN YASIN





Pada 6.11.2009 bersamaan hari Jumaat PAPN Raja Alias telah mengadakan bacaan yasin antara para pendidik bersama-sama kakitangan Felda. Tujuan majlis bacaan yasin diadakan adalah sebagai persediaan untuk membuka Pusat Permata kami dan sekaligus kepada Anak-Anak Permata yang bakal mendaftar di sini. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran Anak-Anak Permata Baru nanti. LOVE U MY CHILDREN

Khamis

PAPN FELDA RAJA ALIAS

Pusat Anak Permata Felda Raja Alias telah beroperasi pada 9 November 2009 yang terdiri daripada 20 orang anak-anak permata.




PAPN Raja Alias terletak di No. 1 perumahan Feldajaya Selatan Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. PAPN Raja Alias beroperasi setiap hari Isnin sehingga hari Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Para pendidik di Pusat Anak Permata Felda raja Alias terdiri daripada 3 orang pendidik dan seorang pembantu pengurusan murid. Para pendidik di sini sememangnya terlatih dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda serta memiliki Diploma. Manakala kebanyakan anak-anak PERMATA Raja Alias merupakan anak-anak peneroka felda dan
penduduk tetap di sini.


Gambar Dan Aktiviti Anak-Anak Permata Raja Alias

Tengoklah pendidik pun seronok bermain air apa lagi anak-anak permata


Bersama Cikgu Yan


Kenangan bersama Cikgu Ku



Seronok Anak-anak membuat aktiviti



Gembira bila di Pusat Permata