SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Ahad

MaJLiS MaKaN MaLaM HaRi KeLuArGa PERMATA











Setelah tamat aktiviti sukaneka hari keluarga PERMATA pada siang 18 Disember 2010,malamnya pula telah diadakan majlis makan malam di Dewan Utama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Acara pada malam itu sungguh meriah dengan ratusan belon berwarna-warni memenuhi ruang makan. Kelihatan anak-anak PERMATA begitu teruja pada malam itu apatah lagi penyanyi Dina selaku MC tidak kekok melayan telatah anak-anak PERMATA. Pelbagai persembahan yang ditampilkan antaranya aksi "Sang Badut" yang mencuit hati, tarian "60 an" dari PAPN Melaka, pakaian beragam,cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti yang diselitkan pada malam itu. Syabas PERMATA!

Tawaran Sebut Harga Masakan Islam

Adalah dimaklumkan pihak Jabatan Perdana Menteri membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat bagi sebut harga Bil JPM/S/PA/45/2011 untuk membekalkan makanan bermasak islam untuk 30 orang anak bagi Pusat Anak PERMATA Negara Raja Alias,di No 1 Perumahan Feldajaya Selatan 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Tawaran sebut harga ini hanya terbuka kepada PEMBEKAL TEMPATAN bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 080501 (Makanan Masakan Islam). Borang boleh diperolehi di Pusat Anak PERMATA kami dan sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak kami ditalian 06-4581178.

Tarikh Tutup : 07 Januari 2011 (Jumaat)
Sebelum 12.00 tengah hari