SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Selasa

ProGRaM DeRiA SaYa & JaMuaN PerPisaHaN
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Pada tanggal 15 ApriL 2011 Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja Alias telah mengadakan ProGRaM DeriA SaYa & Jamuan Perpisahan. Sempena Tema Deria Saya pada bulan April, Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik mengadakan satu aktiviti sukaneka yang meliputi aspek deria seperti Deria Mendengar, Deria Melihat, Deria Merasa, Deria Menghidu dan Deria Sentuh. pelbagai telatah dah gelagat yang mencuit hati yang telah dpertontonkan oleh para ibu bapa, anak PERMATA dan pendidik. Selepas aktiviti sukaneka tamat, kami ke acara kemuncak iaitu jamuan perpisahan 2 orang cikgu praktikal KPLI yang telah menjalani latihan selama 3 bulan iaitu cikgu Zuhaida dan cikgu Norlisawani. Acara memotong pulut kuning dan penyampaian hadiah menjadi acara penutup pada petang itu. Diucapkan tahniah dan syabas kepada cikgu Zuhaida dan cikgu Norlisawani kerana berjaya menamatkan latihan praktikal di Pusat Anak PERMATA Felda Raja Alias dengan cemerlang.

PerTanDinGaN MenCipTa "TaSka SaYa" & FaMilY BooK

Pada Mac 2011, kami telah mengadakan satu pertandingan 'Mencipta Taska Saya' dan 'FaMiLy BooK'. Semua Ibu Bapa PERMATA telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Bagi pertandingan mencipta "TaSka SaYa", ibu bapa dikehendaki mencipta dan menghias menggunakan bahan-bahan terbuang dan terpakai manakala FamiLY BooK dinilai dari aspek kreativiti dan kandungan. Semua hasil kreativiti telah dinilai oleh para pendidik. Syabas kepada semua pemenang.

SamBuTaN MaJLiS MauLiduR RaSuL 2011




























Pada 24 Februari 2011 Pusat Anak PERMATA Felda Raja Alias telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Majlis telah diadakan pada waktu malam iaitu dari jam 7.00 malam hingga 11.00 malam. Kami telah memenuhi pelbagai aktiviti pada malam itu dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, ceramah oleh Ustaz undangan yang menyentuh mengenai tema Maulidur Rasul 2011 dan tanggungjawab mendidik anak-anak sebagai 'Aset Berharga'. Majlis juga dimeriahkan dengan selingan bacaan ayat suci al quran dan nasyid. Pelbagai juadah yang telah dihidangkan pada malam itu. Syabas Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Felda Raja Alias Negeri Sembilan.

Ahad

MaJLiS MaKaN MaLaM HaRi KeLuArGa PERMATA











Setelah tamat aktiviti sukaneka hari keluarga PERMATA pada siang 18 Disember 2010,malamnya pula telah diadakan majlis makan malam di Dewan Utama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Acara pada malam itu sungguh meriah dengan ratusan belon berwarna-warni memenuhi ruang makan. Kelihatan anak-anak PERMATA begitu teruja pada malam itu apatah lagi penyanyi Dina selaku MC tidak kekok melayan telatah anak-anak PERMATA. Pelbagai persembahan yang ditampilkan antaranya aksi "Sang Badut" yang mencuit hati, tarian "60 an" dari PAPN Melaka, pakaian beragam,cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti yang diselitkan pada malam itu. Syabas PERMATA!

Tawaran Sebut Harga Masakan Islam

Adalah dimaklumkan pihak Jabatan Perdana Menteri membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat bagi sebut harga Bil JPM/S/PA/45/2011 untuk membekalkan makanan bermasak islam untuk 30 orang anak bagi Pusat Anak PERMATA Negara Raja Alias,di No 1 Perumahan Feldajaya Selatan 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Tawaran sebut harga ini hanya terbuka kepada PEMBEKAL TEMPATAN bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 080501 (Makanan Masakan Islam). Borang boleh diperolehi di Pusat Anak PERMATA kami dan sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak kami ditalian 06-4581178.

Tarikh Tutup : 07 Januari 2011 (Jumaat)
Sebelum 12.00 tengah hari