SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Selasa

MaJLiS GraDuaSi PAPN FeLda RaJa AliaS













Pada 4 Disember 2010 iaitu bersamaan hari Sabtu,telah diadakan satu majlis yang berprestij iaitu Majlis Graduasi PAPN Felda Raja Alias yang telah diadakan di Dewan Wilayah Feldajaya. Majlis tersebut buat julung pertamanya diadakan bagi anak-anak PERMATA yang berumur 4 tahun yang telah tamat sesi pembelajaran di PERMATA Negara dan akan melanjutkan pelajaran di Tabika. Majlis pada malam itu bertemakan "Hikayat 1001 Malam". Seramai 90 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan yang paling menarik sepanjang majlis berlangsung, kami telah diutarakan secara langsung di radio serifm.net
Syabas WarGa Pendidik, Ibu Bapa dan Anak PERMATA Raja Alias.

uLaNG TaHuN PERMATA FeLda RaJa AliaS












Pada November 2010 warga pendidik dan anak-anak PERMATA telah mengadakan sambutan ulang tahun PERMATA Felda Raja Alias yang PERTAMA.Warga pendidik telah mengadakan jamuan dan acara sukaneka bersama anak-anak PERMATA. Majlis disambut dengan meriah walaupun diadakan secara tertutup.

SamBuTan HaRi RaYa




























PAPN Felda Raja Alias telah mengadakan sambutan hari raya di mana warga pendidik dan ibu bapa sama-sama bergotong-royong memasak juadah yang telag dirancang. Kami mula bergotong royong seawal 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala majlis bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.Seramai 200 orang tetamu telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Syabas warga PAPN Felda Raja Alias