SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Ahad

Lawatan Ke Zoo Negara





Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Pada 17 Julai 2010 satu lagi Program Lawatan Ke Zoo Negara telah diadakan oleh Pusat Permata Feldajaya Selatan Raja Alias, Program ini adalah bertemakan "Haiwan".....Terima Kasih diucapkan atas penglibatan Ibu Bapa serta Penjaga anak-anak Permata yang berkerjasama bagi menjayakan Program ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak Finas yang telah memilih Pusat Permata Feldajaya Selatan Raja Alias bagi program Lawatan Zoo Negara kali ini sebagai tetamu jemputan bagi program pengambaran yang akan ditayangkan di Televisyen ...............








Khamis

Mesyuarat PIBP Bil 8/2010

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia......

Hari ini 8 Julai 2010, sekali lagi Mesyuarat PIBP kali ke-8 diadakan di Pusat Anak Permata Feldajaya Raja Alias bagi membincangkan mengenai Program yang bertemakan haiwan,Program ini dianjurkan oleh kumpulan 2.

Satu kertas kerja telah dibentangkan dan diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan....

Kerjasama dari Ibu/Bapa serta Penjaga sangatlah dialu-alukan bagi merealisasikan program ini.....Amin

Jumaat

Malam BBQ



Malam BBQ sempena Tema "5 Deria Rasa"

Pelbagai Aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka dan makan malam(BBQ)

Lihatlah aksi ini,terpaksa bukak penutup botol susu..........................

Antara aksi penjaga meniru gaya pendidik.....tengoklah tu gembira betul ayah Fahim....TQ sporting..........

Ikan bakar memeriahkan lagi suasana malam BBQ

Antara hidangan yang ada........

para penjaga dan tetamu yang hadir......

Para tetamu menikmati hidangan............

Kerjasama ibu dan bapa serta penjaga anak-anak permata melancarkan program ini.....terima kasih diucapkan,semoga dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain...............Amin

Rabu

Aktiviti Harian Anak-Anak Permata










Sambutan Majlis Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pada 26.2.2010 satu Program di adakan di Pusat Permata Raja Alias bagi Sambutan Maulidur Rasul.



Perarakan dari hadapan Pusat Permata



Sambutan dimeriahkan oleh para tetamu yang hadir



Perarakan lebih kurang 500 meter



Gembira anak-anak permata bermain-main di Taman



Tetamu yang hadir....tidak lupa terima kasih dari kumpulan Marhaban dari Felda Raja Alias 3



Ibu Bapa dan Penjaga yang memeriahkan Majlis



Kerjasama dari Ibu Bapa akan memeriahkan lagi Program ini



Terima Cenderahati daripafa Pengerusi PIBP



Ahli Jawatankuasa yang terlibat bagi sambutan Program ini

Pasukan Nasyid yang memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul



Pengerusi untuk Majlis hari ini



Amboi Sempat posing, puan bendahari kita



Seronok anak-anak mendapat cenderahati

Selasa

Sambutan Program Hari Guru, Hari Ibu dan hari Bapa serta Majlis Perpisahan Cikgu Ku

Assalammualaikun dan salam 1 Malaysia.

Pada hari Sabtu 26.6.2010 jam 8.30 malam satu lagi sambutan diadakan di Pusat Permata Raja Alias ini yang dianjurkan oleh kumpulan 4. Mengikut perancang sambutan bagi program ini sepatutnya diadakan pada bulan Mei sempena sambutan Hari Guru,Hari Ibu Dan Hari Bapa tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan program ini ditunda beberapa kali.

Bersyukur ke hadrat Illahi Program ini berjaya juga diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan keriuhan kanak-kanak dan para tetamu yang hadir.


Program dimulakan dengan acara memotong kek sempena sambutan 'Hari Guru' oleh pendidik dan diikuti oleh Majlis Perpisahan Cikgu Ku yang akan cuti belajar selama 1 tahun.



Gembira betul anak-anak permata dan tak sabar-sabar nak makan kek
Selalu anak-anak permata yang potong kek tapi hari nie pendidik pulak...



Kenangan Bergambar beramai-ramai bersama para tetamu yang hadir



Gembira dalam tangisan........huhuhu...



Ketua Pendidik."SELAMAT HARI GURU"
*kepada pendidik lain jangan kecil hati gambar anda akan dimasukkan





SAMBUTAN "HARI IBU" DAN "HARI BAPA"

Majlis pada malam ini disambung dengan sambutan "Hari Ibu" dan "Hari Bapa",sedikit cenderahati di sampaikan kepada Ibu Bapa yang sempat hadir pada malam ini oleh Pengerusi PIBP Raja Alias.Majlis diteruskan dengan jamuan yang di bawa oleh Ibu Bapa dan Penjaga.


Makanan yang dibawa oleh penjaga anak-anak Permata serta ibu bapa yang sempat hadir bagi memeriahkan program ini


Sebelum Majlis bermula




Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya.