SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Selasa

Sambutan Program Hari Guru, Hari Ibu dan hari Bapa serta Majlis Perpisahan Cikgu Ku

Assalammualaikun dan salam 1 Malaysia.

Pada hari Sabtu 26.6.2010 jam 8.30 malam satu lagi sambutan diadakan di Pusat Permata Raja Alias ini yang dianjurkan oleh kumpulan 4. Mengikut perancang sambutan bagi program ini sepatutnya diadakan pada bulan Mei sempena sambutan Hari Guru,Hari Ibu Dan Hari Bapa tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan program ini ditunda beberapa kali.

Bersyukur ke hadrat Illahi Program ini berjaya juga diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan keriuhan kanak-kanak dan para tetamu yang hadir.


Program dimulakan dengan acara memotong kek sempena sambutan 'Hari Guru' oleh pendidik dan diikuti oleh Majlis Perpisahan Cikgu Ku yang akan cuti belajar selama 1 tahun.



Gembira betul anak-anak permata dan tak sabar-sabar nak makan kek
Selalu anak-anak permata yang potong kek tapi hari nie pendidik pulak...



Kenangan Bergambar beramai-ramai bersama para tetamu yang hadir



Gembira dalam tangisan........huhuhu...



Ketua Pendidik."SELAMAT HARI GURU"
*kepada pendidik lain jangan kecil hati gambar anda akan dimasukkan





SAMBUTAN "HARI IBU" DAN "HARI BAPA"

Majlis pada malam ini disambung dengan sambutan "Hari Ibu" dan "Hari Bapa",sedikit cenderahati di sampaikan kepada Ibu Bapa yang sempat hadir pada malam ini oleh Pengerusi PIBP Raja Alias.Majlis diteruskan dengan jamuan yang di bawa oleh Ibu Bapa dan Penjaga.


Makanan yang dibawa oleh penjaga anak-anak Permata serta ibu bapa yang sempat hadir bagi memeriahkan program ini


Sebelum Majlis bermula




Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan