SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Selasa

Program Bercucuk Tanam

Assalammualaikum kepada semua dan salam 1 Malaysia


Pada hari sabtu 26.6.2010 satu lagi program diadakan di Pusat Permata Raja Alias.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga yang terlibat dalam Program cucuk tanam yang dianjurkan oleh kumpulan 1.Program bermula pada jam 5.30 ptg,pada mulanya hanya beberapa orang penjaga sahaja yang hadir.Tetapi dengan semangat dan rasa tanggungjawab kepada anak2 permata hampir 80% yang hadir dan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian Jempol yang mengagihkan anak benih seperti anak pokok betik,bendir,cili,keladi,terung,sawi,bayam dan kangkung selain memberi perkakasan bertani kepada peserta .

Terima kasih juga kepada penduduk Feldajaya kerana memberi kerjasama dalam penyediaan batas sebelum program ini diadakan.

Kepada ibu bapa serta penjaga juga diminta memberi kerjasama dalam menjaga tanaman yang di tanam seperti menyiram,membaja serta meracun mengikut jadual yanga akan di edarkan oleh pendidik.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan