Pada 17 Mei 2011 Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja Alias telah mengadakan sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa. Pelbagai acara dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu bapa dan Pendidik. Ibu bapa dan penjaga anak-anak PERMATA memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Kelihatan anak-anak PERMATA begitu gembira menerima hadiah disetiap pertandingan antaranya pertandingan memasak, pakaian beragam dan pertandingan mencipta alat muzik menggunakan bahan terbuang dan terpakai. Diharap dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan antara pendidik, ibu bapa dan anak-anak PERMATA Negara Felda Raja Alias.
SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA
'SALAM 1 MALAYSIA'
Selasa
PeMeriKsaaN GiGi oleh KliNiK PerGiGiaN JemPOL
Pada 18 Mei 2011 satu ceramah mengenai "Penjagaan Gigi" dan pemeriksaan gigi telah diadakan di PAPN Felda Raja Alias. Ini merupakan aktiviti tahunan di mana Klinik Pergigian Daerah Jempol akan mengadakan aktiviti tersebut 2 kali setahun iaitu setiap enam bulan sekali. Ibu Bapa atau Penjaga digalakkan hadir bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh doktor gigi. Kelihatan anak-anak PERMATA begitu ceria dan gembira menerima kehadiran para jururawat yang pandai melayan telatah anak-anak di sini. Seperti biasa anak-anak PERMATA akan dibekalkan cenderahati berbentuk berus gigi dan ubat gigi. Semasa pemeriksaan gigi dijalankan kanak-kanak telah memberikan kerjasama yang baik dan apa yang paling penting kanak-kanak di sini sungguh berani apabila para jururawat memeriksa gigi mereka.
..YoU aRe ThE BesT aNaK-aNaK kU CaYanG..
PerBincanGan MenGeNai PerKemBanGan KaNaK-KaNaK
Satu perjumpaan telah diadakan di PAPN Felda Raja Alias bagi membincangkan mengenai perkembangan anak-anak PERMATA antara ibu bapa dan para pendidik. pelbagai reaksi positif diterima oleh ibu bapa mengenai tahap perkembangan anak-anak mereka selepas ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja Alias. Pelbagai cadangan dan pandangan telah diutarakan bagi meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Sememangnya perbincangan sebegini dapat memberi sejuta makna kepada semua pendidik, ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Sesi perbincangan ini akan diteruskan setiap bulan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan para pendidik.
"IBUBAPA DAN PENDIDIK TERAS KECEMERLANGAN
ANAK-ANAK PERMATA FELDA RAJA ALIAS"
Langgan:
Catatan (Atom)