Satu perjumpaan telah diadakan di PAPN Felda Raja Alias bagi membincangkan mengenai perkembangan anak-anak PERMATA antara ibu bapa dan para pendidik. pelbagai reaksi positif diterima oleh ibu bapa mengenai tahap perkembangan anak-anak mereka selepas ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja Alias. Pelbagai cadangan dan pandangan telah diutarakan bagi meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Sememangnya perbincangan sebegini dapat memberi sejuta makna kepada semua pendidik, ibu bapa dan anak-anak PERMATA. Sesi perbincangan ini akan diteruskan setiap bulan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan para pendidik.
"IBUBAPA DAN PENDIDIK TERAS KECEMERLANGAN
ANAK-ANAK PERMATA FELDA RAJA ALIAS"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan