SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK PERMATA

'SALAM 1 MALAYSIA'

Selasa

PeMeriKsaaN GiGi oleh KliNiK PerGiGiaN JemPOL



















Pada 18 Mei 2011 satu ceramah mengenai "Penjagaan Gigi" dan pemeriksaan gigi telah diadakan di PAPN Felda Raja Alias. Ini merupakan aktiviti tahunan di mana Klinik Pergigian Daerah Jempol akan mengadakan aktiviti tersebut 2 kali setahun iaitu setiap enam bulan sekali. Ibu Bapa atau Penjaga digalakkan hadir bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh doktor gigi. Kelihatan anak-anak PERMATA begitu ceria dan gembira menerima kehadiran para jururawat yang pandai melayan telatah anak-anak di sini. Seperti biasa anak-anak PERMATA akan dibekalkan cenderahati berbentuk berus gigi dan ubat gigi. Semasa pemeriksaan gigi dijalankan kanak-kanak telah memberikan kerjasama yang baik dan apa yang paling penting kanak-kanak di sini sungguh berani apabila para jururawat memeriksa gigi mereka.

..YoU aRe ThE BesT aNaK-aNaK kU CaYanG..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan